Sebelum terlupa hari ini negara kita Malaysia telah pun menyambut Kemerdekaan daripada penjajah untuk kali yang Ke-52. Alhamdulillah.....walaupun usia masih begitu muda banyak pembangunan yang telah kita capai. namun harus diingat bahawa kita telah terkebelakang pula oleh negara yang baru dilepaskan dari Malaysia iaitu Singapura. di mana singapura telahpun berada 20 tahun ke depan kita walaupun merdeka pada tahun 1965.
oleh itu apa yang perlu kita lakukan. tanamkan semangat utk terus menuntut segala ilmu yang ada. dengan ilmu yang begitu tinggi insyaAllah kita boleh menjadi sebuah negara yang unggul di mata dunia. biarlah agama Islam menjadi pegangan dalam hidup dan bukan lambang semata-mata. terus kukuh berada di bawa panji kedaulatan kesultanan agar Islam terus terpelihara selama-lamanya. harus diingat lagi di Malaysia Islam hanyalah berada dalam 60% sahaja berbanding sebelum mencapai kemerdekaan 1957 iaitu 70%. Lu fikirlah sendiri....
Monday, August 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment