Wednesday, August 19, 2009

salam shoawian

lama dah rasanya tidak meninggalkan apa-apa dalam blog ini. hari ini 19 Ogos 2008. beberapa hari lagi akan tibalah bulan Ramadhan yang penuh berkat. teringat ketika di shoaw dulu. bangun sahur dan seterusnya berbuka (bersungkei). semua itu kenangan yg tdk mungkin luput dari ingatan. dari zaman berbaris utk mendapatkan makanan sehinggalah beralih kpd berhidang. ha ha..... kdg2 lucu. maklumlah masih budak-budak lagi. habis je sembahyang terus berlari ke dewan makan utk menikmati makanan. tambahan pula kalau tak makan alamat berlapar lah. alhamdulillah sepanjang puasa ketika zaman sekolah tidak pernah lupa. cuma kadang2 tertidur hingga tak bangun sahur. teringat ketika itu....aku bangun jam dah pukul 6. aku pun nak minum seteguk air. kawan pun menegur...kenak ko minum?. jawapan aku simple je "darurat bah, sebab sik bangun sahur"?. ha ha ha....lucu dan malu bila mengenangkan masa itu.
satu lagi peristiwa yg aku tak lupa ketika mula2 menjadi shoawian i mean form 1 lah. suatu petang adalah senior2 panggil..work party...work party and sebutlah nama kelas. tok pun lucu gilak2. apa taknya....kami pun tanya bawa pinggan ke(tray). aowk kata dak senior. apa lagi kami budak2 baru ni pun bawa juga tray....ingatkan party rupa2nya kerja kumpulan. bukan main malu lagi time tu. but semuanya telah berlalu cuma berada sebagai kenangan yg kekal ke akhir hayat.

selamat menyambut ramadhan .....shoawian...


No comments:

Post a Comment